IPOH: Pengendali Perak FC Yusri Che Lah mengakui masih mencari 'ramuan' terbaik dalam membentuk pasukannya sebelum sepak mula musim baharu Liga Malaysia (Liga-M) bagi 2024/2025 pada Mei ini.
Yusri berkata kesemua pemainnya diberi peluang untuk dinilai khususnya tahap kecergasan dan momentum persembahan dimiliki setiap anak buahnya turut diberi perhatian dalam menentukan barisan terbaik.
Beliau berkata aksi pemanas badan dengan dua kelab daripada Singapura, Geylang International FC dan Abritex Niigata FC turut menjadi pentas untuk mencongak pemain yang ada.
"Kita masih mencari kesebelasan terbaik untuk perlawanan akan datang namun sudah semestinya dengan beberapa kombinasi malam ini saya rasa sedikit sebanyak dapat gambaran, cuma belum sepenuhnya.
"Perlawanan malam tadi kita kehilangan lima pemain utama, Sunday Afolabi yang baharu mengalami kecederaan, Jesper Nyhlom dan tiga pemain dipanggil ke skuad Harimau Malaya Bawah 23 (B-23).
"Jadi agak sukar untuk saya buat penilaian malah pemain yang ada menunjukkan keyakinan tinggi untuk tempatkan diri dalam kesebelasan utama," katanya selepas tamat aksi persahabatan antarabangsa pramusim antara Perak menentang Abritex Niigata di Stadium Perak, malam tadi.
Perlawanan itu menyaksikan The Bos Gaurus menewaskan juara Liga Singapura itu dengan 3-1.
Dalam satu lagi aksi persahabatan antarabangsa sebelum ini, Perak berjaya menewaskan Geylang International FC dengan keputusan 3-0.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 31 2024
Yusri berkata kesemua pemainnya diberi peluang untuk dinilai khususnya tahap kecergasan dan momentum persembahan dimiliki setiap anak buahnya turut diberi perhatian dalam menentukan barisan terbaik.
TH diarah siasat 300 jemaah haji terkandas di Mekah - Mohd Na'im
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata Lembaga Tabung Haji (TH) telah diarah untuk menyiasat insiden 300 bakal jemaah terkandas di Mekah akibat terpedaya dengan pakej haji murah yang ditawarkan agensi pelancongan tidak bertanggungjawab.
Golongan muda paling ramai sertai program
Golongan muda antara yang paling ramai menyertai Majlis Tilawah dan Hafazan al-Quran Peringkat Kebangsaan kali ini, yang akan berlangsung selama enam hari bermula 23 Mei di Kompleks Penyiaran Sultan Haji Ahmad Shah di Kuantan.
Hayati perjuangan, jangan alpa kuasa dimiliki - Anwar
Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan semua ahli terutama generasi muda supaya menghayati perjuangan parti dan tidak alpa dengan ‘kuasa’ yang dimiliki apabila menjadi pemerintah.
10 Berita Pilihan - (11 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 11 Mei 2024.
Tumpuan Ahad - 12 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Malaysia dipilih semula sebagai Ahli Majlis Eksekutif Pertubuhan Larangan Senjata Kimia 2024-2026
Penggal berkenaan akan bermula daripada 12 Mei 2024 sehingga 11 Mei 2026.
Lawatan Anwar perkukuh hubungan dua hala Malaysia-Qatar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan melakukan lawatan rasmi ke Qatar dari 12 hingga 14 Mei untuk mengukuhkan lagi hubungan dan kerjasama di antara Malaysia dan Qatar di dalam pelbagai aspek, kata Kementerian Luar (Wisma Putra).
Guru didakwa kasari murid ditempatkan di pejabat pendidikan daerah
Seorang guru lelaki di sebuah sekolah agama di Pontian yang didakwa melakukan kekasaran terhadap sekumpulan murid akan ditempatkan di Pejabat Pendidikan Islam daerah.
Perak tagih sentuhan penyerang import perkuat jentera serangan
Ia cabaran yang perlu dihadapi pemain import itu memandangkan tempoh yang ada untuk melakukan persediaan berbaki kurang tiga minggu.
Yusri belum nampak skuad 'bayangan' Perak FC
Pengendali Perak FC Yusri Che Lah mengakui masih mencari 'ramuan' terbaik dalam membentuk pasukannya sebelum sepak mula musim baharu Liga Malaysia (Liga-M) bagi 2024/2025 pada Mei ini.
Pramusim: Perak FC benam Geylang di Ipoh
Meskipun terlalu awal untuk menilai, namun keputusan malam tadi pasti menggembirakan 2,060 penyokong Perak yang hadir ke stadium.
Geylang FC uji keserasian skuad Perak FC
Yusri berkata, kehadiran beberapa pemain baharu menyaksikan persaingan sengit para pemain untuk mengisi kesebelasan utama.
Perak hampir pasti tidak sertai bola sepak SUKMA di Kuching
Bobie berkata, pihaknya tidak berupaya membuat persiapan pasukan kerana kurang tajaan dan sokongan kewangan daripada MSN Perak.
Penjaga gol JDT sah sertai Perak
Kehadirannya ke Perak FC mempunyai misi tersendiri selain mahu membantu pasukan baharunya itu mengharungi musim baharu dengan lebih baik.
Belum ada kata putus venue Perak FC
Kerajaan negeri akan berbincang dengan semua pihak berkaitan bagi menentukan venue terbaik untuk perlawanan Liga Super itu.
Kanybekov sah milik Perak FC
Perak FC memperkenalkan tonggak import baharu berusia 21 tahun itu kepada penyokong pada Karnival Pelancaran Jersi 'Home' malam tadi.
Yusri tidak tahu mengenai hijrah 'Messi' ke Perak FC
Ketua Jurulatih Perak FC Yusri Che tidak tahu-menahu mengenai spekulasi penghijrahan pemain tengah Terengganu FC Muhammad Faiz Mohd Nasir.
Perak FC sambar Kaka
Perak FC berjaya mendapatkan pemain tengah pasukan kebangsaan bawah 23 tahun, Nur Azfar Fikri Azhar bagi mengharungi Liga Malaysia musim depan.